Rabu, 28 Julai 2010

Perpindahan Blog Unit Trust

Para Pengunjung Blog Yang Budiman,

Blog ini telah disatukan dengan blog persendirian saya iaitu sembangsembangunittrust http://sembangsembangunittrust.blogspot.com/

Para pengunjung bukan sahaja mendapat maklumat kegiatan terkini unit trust consultant, malah pengunjung juga boleh berkongsi tips tentang keadaan semasa ekonomi .

Disamping pengetahuan tentang Unit Trust, pengunjung juga didedahkan dengan dengan Pasaran Saham terbuka di Bursa Saham.

Anda juga boleh berinteraksi dengan saya secara terus di facebook saya.. search ROSLAN RAHMAT. atau add nama saya di http://ms-my.facebook.com/people/Roslan-Rahmat/1658542921

fb saya diupdate setiap hari, dan segala persoalan dan pandangan boleh terus berhubung dengan saya.




Sabtu, 30 Mei 2009

Aktiviti "Prospecting" sambil bersantai

aku yang berbaju hitam tuh, terror sangat leee sejuk sejuk pakai t-shirt jek..



Betul lee kata orang.. sambil menyelam minum air..

Atas perlaksanaan 1 PABK yang baru digerakkan oleh Sifu Rosli, Beliau berserta Amir, Zul dan aku sendiri telah mula "Turun Padang" meninjau sendiri prospek prospek yang selama ini senantiasa bermain didepan mata, namun belum ditangkap.

Aktiviti bermula di Genting Highland pada 23 Mei lepas, dengan target aktiviti untuk memperkenalkan syarikat serta produk disamping mencari prospek prospek.

Sebaik sahaja kami sampai, Kami terus ke "tempat lepak" otai Genting yang telah kami tinjau tinjau sebelumnya.

Dengan tangan memegang flyer PABK terbaru, sesiapa sahaja yang lalu didepan kami dipastikan flyer tersebut berpindah tangan dengan harapan sesiapa yang membaca akan mendapat ilmu dan maklumat yang terbaru.

Sesampai ditempat lepak yang dimaksudkan, kami pada mulanya agak berat kaki juga untuk memulakannya... aku beri cadangan untuk meminta izin dahulu dari empunya premis sebelum kita serbu para pelanggannya... teh tarik diorder dan izin diberikan, maka kami pun dengan sepantas kilat memulakan misi kami pada hari tersebut..
Belumpun teh tarik yang aku bawa sampai ke meja, Zul tanpa berlengah menyebarkan risalah yang dibawa dan seorang prospek begitu tertarik untuk mengetahui lebih lanjut... beberapa minit Zul menerangkan, Sifu tanpa berlengah membantu Zul menyakinkan pelabur...
Begitulah kita, PABK dengan hasrat 1PABK, sesama geng mesti dibantu..
Setelah sehirup dua teh tarik aku, dengan darah tersirap..(naik semangat) terus ke dalam untuk menyebarkan pulak pada pelanggan. Terdapat 2 staff di belakang yang berminat, aku pun tarik kerusi bersembang dengan mereka. Mereka sebenarnya telah pun masuk dengan CIMB. Tapi bila aku terangkan kelebihan ASM nih, mereka semakin tertarik.
Sifu Rosli datang kemudian membantu aku lak...
Pada hari tu saja aku dapat 2 orang prospek dan Zul 2 orang. manakala Amir pula telah meninggalkan sebilangan flyer di Transport Department kenalannya.
Misi kami berjaya setakat nih... bagi aku, disamping dapat melakukan aktiviti, dapat bersantai santai di kawasan peranginan terkemuka di tanahair kita. Dapat lari dari kepanasan melampau sekarang nih...
Tapi yang tak best nya... masa nak naik, panasnya 40^C, kat atas, 20^C, turun balik 40^C.. esoknya... AKU DEMAM!!!!! Wakakaka....

ROSLAN.

Jumaat, 8 Mei 2009

Komisen Perunding nak naik?

eehhhmmmm.... dengar dengar khabar angin bertiup kencang mengatakan struktur komisen akan naik dan satu lagi cerita, career benefit akan dibayar bulanan?

Fuyoohhh... kalau betul lee cerita tuh, aku amat beruntung le jadi perunding ASM Investment nih... market pun tengah cantik nih... aku nak tanamkan azam aku untuk lebih gigih naikkan sales aku... naik sales, naik lak komisen, cantik....

Aku baru jek dapat tahu yang kempen RM100 untuk perunding baru dilanjutkan ke 31 Mei nih... ASM Investment nih memang amat bermurah hati, disamping target asal telah dicapai dan untuk menghargai dilanjutkan lagi kempen nih...

Sesiapa yang teringin yang join geng aku, keluar jek duit RM100, gambar 4 keping dan photostate IC... lepas nih kita buat duit sama sama.

Hari Rabu lepas, aku sorang sorang jek bukak kaunter kat P2... ramai geng lain ada hal lain.
Tapi tak pe... dapat gak 4-5 client baru, aku sapu sorang, kalau ada geng aku kongsi... rugi rugi...

Bayangkan kalau sekali keluar 1 client tuh EPF RM5,000 X 5 = RM25,000 untuk sekali bukak booth... darab lak ngan 2.15%(AS) jadi.. RM537.50 ... sewa? HQ bayar beb!!

5 client ni akan ulang balik 3 bulan akan datang... dalam setahun katakan boleh 3 kali keluar...
Bermakna dengan cuma 7-8 jam buka booth boleh dapat komisen RM1500 setahun!!

Modal? RM100 JEK!!

Kalau rajin bukak booth dan purata dapat 20 client baru sebulan, komisen bulanan jadi RM2,000 sebulan, 4 bulan kemudian komisen korang jadi RM4,000 SEBAB 20 CLIENT BARU + 20 CLIENT 3 BULAN LEPAS.

Pas tuh.. hujung tahun, kita pergi melancung kat Pulau Redang, dan Gold Coast, Australia.. PERCUMA!! macam aku pergi ke Jakarta/Bandung tempoh hari...

Dapat Bonus tahunan lagi... Career Benefit lagi... PPPEEEHHHHH!!!!

Soo... sesiapa yang rasa rasa yang cari pengalaman baru... joint aku... aku pun nak kena ada teman gak... baru ada semangat... asyik asyik aku makan sorang jek... best gak kalau kongsi...

JOIN... JANGAN TAK JOIN!!

Isnin, 6 April 2009

Jumpa di MAJLIS KARNIVAL TITIWANGSA 25 APR!

Semua geng dijemput bersama sama ke Majlis Karnival Titiwangsa pada Sabtu, 25 apr nih bertempat di Padang PPR Ampang Hiliran.
Waktu 8 pagi sampai 6 petang....
Siapa yang dah ada baju tuh... pakai pakai lee... ada brosur yang baru... siapa datang dapat free...
Jom kita ramai ramai ke sana!!
Hah!! satu lagi.. Hari Rabu 8hb Apr nih buka kaunter di P2...

Sabtu, 21 Mac 2009

Buka Kaunter di P2 sehingga hujung April!!

Hahhh!! Berita nih kalau korang tak ambil peluang... tak tau leee... Pengurusan ASM Investment dah bagi green light bukak setiap minggu sampai hujung April PERCUMA!!!
Segala kos ditanggung... tak perlu keluar duit sesen pun!!! cari jek sales.... itu pun tak nak???!!
Manje betulleee korang nih... korang tau tak company lain tak bagi peluang leee macam nih... pergi leee tanya .... satu tempat sampai berebut group berlainan tapi satu company!!! hehehe berebut lee korang... kitaorang gak yang relax....
Minggu depan 18 Mac (Rabu) kita orang bukak lagi... hajat nak bukak hari selasa... tapi En. Aezman kita ke Jakarta lak.... tunggu dia balik dulu!!!!

Jumpa lagi...

:: penghulu Roslan::

Khamis, 5 Mac 2009

geng PABK semakin erat!

Sedar tak sedar.... dalam sebulan dua nih.. hubungan antara geng nampak bertambah erat... kalau tahun lepas, susah na lee jumpa batang hidung.. sekarang call ajak bincang Teh Tarik tak payah nak buat appointment 3..4 hari lagi dah... petang call... malam dah jumpa!!
Malam tadi aku, Apandi ngan Amir... berbincang susun strategi kat Alang Maju... Anis mulanya nak join... mungkin ada hal lain... tak pee.. lain kali...
Borak punya borak... ada lak agen Score A join sama... aku pun beri cadangan "combine" ASM ngan Score A cari agen... jimat kos... semua kongsi sama rata... Member Score A tuh setuju sangat!!
nanti kena perkenan sifu Rosly dulu baru langkah lebih jauh.
Siang tadi aku ngan Aezman buat aktiviti kat SM Serendah... Malang tul lee... kitaorang tunggu kat kantin... cikgu lak ada jamuan tempat lain... adusssss... dugaan...
Selasa nih... kita orang bukak booth sekali lagi di Perodua... Jumpa yek!!!
Agen lain... Join lee kira orang... kalau korang dari Unit Trust "yang Lain"... tukar leee... masuk geng kitaorang... daripada korang tercungap cungap nak maintain sale tahunan... kitaorang enjoy jee... Mai lee...


:: Penghulu Roslan ::

Jumaat, 27 Februari 2009

Buka Kaunter di Koperasi Perodua 23 -24 Feb 09







Wwwoooowww!! sambutan sungguh menggalakkan..

Walaupun hampir setahun tak bukak kaunter kat sana... tapi sambutan warga kerja Perodua terhadap syarikat kita masih hebat... bahkan aku boleh katakan.. lebih hebat dari tahun lepas!!...
Lokasi kali ni dah berubah dari kakilima kantin ke dalam... sejuk sikit ada aircond... kebetulan lak 2 hari tuh.. kitaorang jek yang bukak booth.. company lain tak bukak... takut kena kejar ngan client lama kot...

aku ngan En. Aezman Shaharudin, wakil PABK... Madhihah ngan Kak Bie lak join hari ke 2... meriah beb!!

Hari pertama kita orang berdua jek dari PABK... sampai 3 petang jek... kita orang balik... sebab nak ambil borang standing instruction kat CIMB ngan Muamalat Rawang.. tapi balik cepat pun... banyak gak dapat client...

Hari kedua.. sepatutnya Nora pun join sekali... malangnya dia lak masih kat kampung.. tak sempat balik... masuk tengah hari... En.Faisal muncul ngan seorang agen baru.. (maaf bang nama tak ingat!) buat spotcheck!!

Nampak gayanya En. Faisal puas hati ngan sambutan dan persediaan yang PABK buat di kaunter tuh!!.. (Harap lepas ni En.Faisal luluskan leee bukan tiap tiap minggu... nak bagi perkhidmatan terbaik untuk client perodua..)

Dalam masa yang sama.. Madhihah ngan Kak Bie sampai... diaorang ngan abang agen baru tuh minat sungguh ngan Financial Ruler PABK yang unik tuh... beriya iya nak satu kami pegang tuh... Maaf lee bang... eksklusif untuk geng PABK jek... nanti saya buatkan satu untuk korang... tapi bayar lee ....

Kami ada gak bagi cadangan tukar bunting baru... harap luluskan lee... dan kalau pihak HQ berjaya buat potongan gaji terus dari warga Perodua ke ASM Investment... HHHaaahhhh!!!!
tak reti reti nak ambik peluang nih... apa lagi... JOIN PABK!!!!

Kita orang terpaksa bergerak pukul 3.30 petang hari ke dua... sebab ada temujanji ngan prospek dari Bukit Jelutung.... ada Berbelas rumah sewa tuh!!! orang Jepun!!..

Mintak Maaf lee banyak banyak kat En. Kamal tak sempat jumpa... nanti kita orang belanja Teh Tarik lee
Pagi hari kedua tuh... kita orang tak cukup tangan... geng PABK jek yang ada... terpaksa aku layan 3 prospek sekali gus... En. Aezman lak layan sorang lagi prospek... PPeeeeHHH!!!
alhamdullillah... 3..3 prospek tuh jadi client kita orang......

Peringatan lee buat sesiapa yang nak join booth kitaorang... DATANG AWAL!!! kalau datang lepas makan tengah hari... eeemmmmmmmhhhhh......






:PENGHULU ROSLAN: