Sabtu, 30 Mei 2009

Aktiviti "Prospecting" sambil bersantai

aku yang berbaju hitam tuh, terror sangat leee sejuk sejuk pakai t-shirt jek..



Betul lee kata orang.. sambil menyelam minum air..

Atas perlaksanaan 1 PABK yang baru digerakkan oleh Sifu Rosli, Beliau berserta Amir, Zul dan aku sendiri telah mula "Turun Padang" meninjau sendiri prospek prospek yang selama ini senantiasa bermain didepan mata, namun belum ditangkap.

Aktiviti bermula di Genting Highland pada 23 Mei lepas, dengan target aktiviti untuk memperkenalkan syarikat serta produk disamping mencari prospek prospek.

Sebaik sahaja kami sampai, Kami terus ke "tempat lepak" otai Genting yang telah kami tinjau tinjau sebelumnya.

Dengan tangan memegang flyer PABK terbaru, sesiapa sahaja yang lalu didepan kami dipastikan flyer tersebut berpindah tangan dengan harapan sesiapa yang membaca akan mendapat ilmu dan maklumat yang terbaru.

Sesampai ditempat lepak yang dimaksudkan, kami pada mulanya agak berat kaki juga untuk memulakannya... aku beri cadangan untuk meminta izin dahulu dari empunya premis sebelum kita serbu para pelanggannya... teh tarik diorder dan izin diberikan, maka kami pun dengan sepantas kilat memulakan misi kami pada hari tersebut..
Belumpun teh tarik yang aku bawa sampai ke meja, Zul tanpa berlengah menyebarkan risalah yang dibawa dan seorang prospek begitu tertarik untuk mengetahui lebih lanjut... beberapa minit Zul menerangkan, Sifu tanpa berlengah membantu Zul menyakinkan pelabur...
Begitulah kita, PABK dengan hasrat 1PABK, sesama geng mesti dibantu..
Setelah sehirup dua teh tarik aku, dengan darah tersirap..(naik semangat) terus ke dalam untuk menyebarkan pulak pada pelanggan. Terdapat 2 staff di belakang yang berminat, aku pun tarik kerusi bersembang dengan mereka. Mereka sebenarnya telah pun masuk dengan CIMB. Tapi bila aku terangkan kelebihan ASM nih, mereka semakin tertarik.
Sifu Rosli datang kemudian membantu aku lak...
Pada hari tu saja aku dapat 2 orang prospek dan Zul 2 orang. manakala Amir pula telah meninggalkan sebilangan flyer di Transport Department kenalannya.
Misi kami berjaya setakat nih... bagi aku, disamping dapat melakukan aktiviti, dapat bersantai santai di kawasan peranginan terkemuka di tanahair kita. Dapat lari dari kepanasan melampau sekarang nih...
Tapi yang tak best nya... masa nak naik, panasnya 40^C, kat atas, 20^C, turun balik 40^C.. esoknya... AKU DEMAM!!!!! Wakakaka....

ROSLAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan